Skip to content
December 31, 2012 / timmyfahmi

2012 dan hello 2013

setelah lama berkurun tidak menaip di sini. rasa macam bersalah pula. walaupun mungkin tak ramai yang baca blog. tapi macam setail juga sebab tgk blog punya stats dalam bulan ni ada 40 orang hits blog dalam masa satu hari.

so hari ini. 30 haribulan disember tahun 2012. gua dekat osaka, batu pahat, baru lepas work out, bangun lewat sebab cuaca sejuk sangat dan sedang menaip guna acer aspire laptop adik gua yang baru kawen 3 bulan lepas dengan rasa penuh makian sebab acer nak tiru trackpad macbook tapi fail bila trackpad dia sensitivity melampau walau dah setting. pastu trackpad kasik kecik nak mampus. bingai!

awal 2012, gua buat wordpress ni sebagai escapism untuk kehidupan rutin gua. sebab takde aktiviti sangat selain mengorat makwe dekat twitter.

tapi bila masuk julai dan ogos kehidupan mula busy, busy dengan dating life dan busy dengan aktiviti yang selama nie gua minat.

julai gua start busy dengan plan untuk zine skandal. sedikit review, dulu pernah buat zine, lepas tu dekat JB ada buat writer fest, jadi benda paling mudah, gua cerita pasal pengalaman skandal atau crush atau cinta tak kesampaian, dan untuk nampak lebih variasi, call beberapa orang teman dan kawan2 ( tweet dan fb sebenarnya) dan ada 6 orang lain join. sales agak ok sebab cecah dari 100pcs terjual. sebenarnya sales tu jadi no 2. yang penting macam mana kawan2 yang baca boleh dapat “sesuatu” dari pengalaman penulis-penulis. so kalau nak dapatkan boleh email gua. harga rm5 tak masuk postage.

🙂

(gua lapar nie, tak sarapan lagi, lempeng macam dah memanggil nie. 11.14 am)

2012 juga setelah lama orang nak tengok gua ada makwe, gua ada makwe secara officially, nie bukan friendzone, nie bukan skandal, nie betol2 kejadian kehidupan. gua gelarkan dia sebagai hunneh. kenal dari kawan atas kawan, tak terus mengorat. proses lepas jumpa kali pertama kenal tu sampai nak bercinta agak lama. slow dan steady.

best nya hunneh nie kitorang macam bestfriend. bercinta tapi react macam bestfriend. boleh bergurau cakap bengong dan bongok. boleh main tolak2 dekat shopping kompleks, boleh lawan lumba lari masa berjalan dekat jb central time nak cop pasport.

dan best thing, pujian dan konfius orang ramai bila orang selalu ingat kami adik beradik sebab muka sama, lagi nampak obvious bila hunneh pakai spek mata.

dan bila salah seorang cakap, ini bf saya, atau ini gf saya lah. dengan laju orang akan cakap “wah, muka sama, mesti jodoh kuat. laju gua “mengaminkan”

bercinta tetapi dalam masa yang sama korang boleh react macam bestfriend dan tak perlu nak cover segan dan malu sebab bila bercinta macam bestfriend nie best sebab relationship jadi open dan boleh bercerita apa sahaja. takde nak sorok2 atau cover malu nak berborak. tapi dalam masa yang sama boleh jadi sweet macam pie apple mekdonel kapitalis. jika anda berada di dalam percintaan gaya ini, gua berkata dengan serius.

anda sangat beruntung sebab ramai yang di luar sana dapat bf atau gf tak sekepala tapi kena teruskan sebab dah lama. hik hok

dan bila kau bahan kawan2 dan hunneh akan ada sentiasa dekat belakang jadi tukang sokong, cabi pun boleh bengang sebab takde orang bekap dia.

hik hik hik

 

part 2: this icecream meltin sweetheart (tims)

ini adalah projek clothing // arts yang gua buat untuk lari dari kehidupan normal. dengan influence major dari johnny cupcakes, the hundreds dan benny gold dari segi idea dan konsep mahupun pandangan kepada cara untuk hala tuju clothing. ianya super influence. betapa coolnya walaupun mereka bertiga asal dari US tapi bila membaca apa yang mereka tulis, perjalanan untuk clothing lebih terbuka, dan mereka semua adalah orang yang menjalani kehidupan mereka tersendiri dengan apa yang mereka mahukan

this icecream meltin sweetheart telah meriliskan baju pada 10.11.12 dan segala desain, dengar cerita gua borak secara ayat separa serius, tgk gambar kaki model dekat sini  www.timsjbc.tumblr.com

this icecream meltin sweetheart mendapat sumber influence besar daripada kawan-kawan, famili, hunneh, artis-artis luar dan culture johor.

 

gua rasa tulis panjang2 macam nie boleh gagal. sebab nie tengah sibuk layan youtube. untuk nampak kemas. gua buat point lah.

 

apa yang terbaik untuk 2012.

1) hunneh – officially ada gf yang supportif, tak banyak merungut, beri kasih sayang, boleh layan mengada banyak2. me love you hunneh

2) famili – alhamdulilah. famili bertambah besar, semua masih sama, kesihatan yang baik dan umur yang panjang dan rezeki yang melimpah ruah

3) blood brothers still stand strong – takde gaduh besar tahun nie. masih berkawan dengan semua homie boys dan homie girls. hubungan dengan kerk, ad dan kuchai bertambah baik. dengan kawan2 ex hadko punk dah bertambah baik. ada yang babi gua memang takkan pandang lu even lu buat baik dengan gua. jangan harap.

4)this icecream meltin sweetheart- semoga hal ini akan menjadi satu benda yang boleh menampung kehidupan untuk masa hadapan

5) sigur ros bermain live di depan mata. dengar pertama kali pada tahun 2003/2004. jadi bila dengar mendengar mereka main live adalah total orgasm. enuff said.

wishlist 2013

1) lesen kereta. aahahaha (nie wishlist dari tahun 2008)

2) sentiasa positif walaupun tahun depan umur dah 30. mader f.

3) naik kapal terbang pergi somewhere.

4) menjalani kehidupan dengan benda yang gua minat dan dalam masa yang sama boleh bayar bil dan survive

5) at least 2012 gua nak bertunang

6) langsaikan hutang ptptn (wankers)

7) badan steady balik kepada 55 kg balik. sekarang rasa macam encikb dah.

8) kawan2 yang bercinta lama akan bernikah

9) kawan2 yang lebar akan kurus

10) nak tengok angel and airwaves depan mata. blink 182 juga. dan coldplayyyy

11) penat bergaduh dengan orang. so jom jadi neutral dan jadi kawan semula (yang cibai2 gua tetap tak nak tegur)

 

tc and happy new year. love.

 

 

 

May 29, 2012 / timmyfahmi

love kitty.

gua dan ikan emas.

masih lagi dalam proses berkenalan dan mengenal hati budi masing-masing.

dan jujur. dalam sejarah relationship gua. ini adalah paling lama gua mengenal hati budi seseorang.

dan yang paling gua rasa sangat teruja. gua tak pernah rasa nak back off.

“perasaan gua dekat dia sangat susah digambarkan. lagi susah nak dapat. lagi gua rasa hubungan kali ini unik, lagi gua rasakan yang gua ada sense yang kuat untuk hubungan ini”

 

ini bukan jinak-jinak merpati, mungkin lebih kepada comel-comel macam english bulldog.

ala omel-omel.

ikan emas cukup menyampah bila gua cakap gua fans berat anjing bulldog.

kenapa anjing bulldog comel?

satu air liur dia meleleh. kedua dia pendek. ketiga muka dia macam sejak baby kena langgar dengan steamroll. keempat sebab dia unik

dan ikan emas kalau dah malas melayan dia akan cakap.

“haah comel. meh gua picit2 dia sampai mati.”

gua sebenarya tak boleh menulis pasal binatang peliharaan dan kematian.

ini isu sensitif. keh keh keh,

***

kadang-kadang. gua paling suka manusia yang boleh berbincang benda dalam masa yang sama masih boleh having fun.

macam semalam. dari start perkara apa. boleh sampai perkara sampai mendidik anak.

belum apa2. dan ianya bukan macam berangan.

tapi pada gua. dia macam mana gua nak didik anak. dan ikan emas pun bagi tau macam mana dia nak didik anak dia.

gua harap anak gua dan anak dia akan jadi anak kami.

hihi.

ikan emas: i harap anak i ikut perangai macam i masa kecik2. dengar kata. paling penting kalau orang cakap jangan means jangan buat.

gua: i harap anak i tak ikut perangai i yang kecik2 sangat nakal.

dan gua sambung:

i harap anak i balance gen dia. tak tinggi sangat macam mummy dia.

dengan nada cool ikan emas tulis.

” eh, tinggi la bagus. barulah comel macam mummy dia. baru model sikit.”

hnff hnfffff

***

gua:kita boleh jadi lovebird tak?

ikan emas: tak boleh. lovebird untuk orang dah declare

gua: okelah. kita jadi love dog eh. auwww auwww

ikan emas: i tikam u kejak lagi kang!

May 20, 2012 / timmyfahmi

ala omel omel

Bila kau jumpa dengan semua orang yang kau kenal. Dah lama tak jumpa. Lama dalam masa berbulan-bulan lebih dari 6 bulan.

Dan mereka cakap “ eh, badan kau dah naik sikit”

Gua tatau patut rasa happy atau tidak.

Tapi bila gua cakap gua tengah diet,

Ramai orang cakap

“ tak yah mengada” part mana kau gemok.

Gua rasa gua tak gemok.

 

Buncit sikit, tapi lengan dan badan gua memang sedap2.

Just ideal shape gitu.

 

Ramai orang kata badan gua sekarang nampak sehat. Dulu mungkin cengkung dan nampak macam sakit.

 

Tapi apahal pun. Gua tak kalut sangat, badan gua jenis senang turun dan senang naik.

Yang penting bila badan kau berada  dalam usia sebenar gua. maintain 10- 15 kg dari berat masa kau ambil SPM  itu gua kira sangat berjaya.

 

Berapa ramai member gua umur belum sampai 23 badan naik macam kena pam.

Ah belum tgk rakan sekolah gua dalam FB. Semua dulu badan kurus kurt kobain dah jadi besar macam rikishi.

 

At least gua maintain comel.

 

 

XXXX

 

Last 3-4 hari. Gua berperang dengan ikan emas. Besar-besaran juga.

Gua sentap dengan dia. Dia sakit hati dengan gua.

Nie sampai hubungan dah berada di hujung tanduk.

Betol-betol berada dalam line nipis.

Nipis sangat. Komunikasi ada sedikit failed.

Gua terlebih emosi. Ikan emas dah sampai tahap sakit hati.

Dalam sibuk bergaduh dalam pesanan ringkas.

Banyak benda kelakar.

Yang gua tengah geram jadi ketawa melekek sorang2.

 

Serious.

 

Sampai ada part dia jawab,

 

“Habis time sentap je la pujuk. Time bergaduh terbongkang sampai berulat”

 

dia sebenarnya tak kelakar bila tulis kat sini.

Tapi bila kau tengah sibuk berdebat. Dapat ayat macam gini.

Kau akan jadi automatik bergelak.

 

Epic punya gelak.

 

Apahal merajuk boleh sampai tahap terbongkang berulat! Menda lu!

 

Kadang-kadang gua rasa kami macam lovebird.  Bila bergaduh masing-masing akan bercakap benda  yang tengah geram.

 

Taip sms punya laju. Kadang2 belum sempat baca dah masuk 2-3 sms.

Panjang2.

 

Pelik juga bila type sms geram geram ikan emas jarang gila typo.

 

Kalo tak? Pffffftttttt.

 

 

Kalau tak puas hati, lain kali cakap macam nie

“saya tak puas hati dengan perangai awak nie. Saya nak tegur nie bukan nak bergaduh”

 

siap sambung ayat lain.

 

Lagi satu. Kalau nak cakap. Ayat tu jangan ego sangat.

 

Itu tak termasuk lagi unmention dekat twiter tuju dekat gua. penat gua scroll dan favourite.

 

Ala omel omel.

May 18, 2012 / timmyfahmi

someone like you

/aahref=

 

true performer.

gua suka part dia suruh penonton menyanyi. like semua crowd menyanyi dengan penuh passion.

memang terasa macam sound effect hall. tapi memang dekat hall apa!

gua tengah lapar nie. kerja banyak.

pasar malam macam samar – samar je dapat pergi.

perot lapar memang sedap kalau dapat tendang orang!

May 13, 2012 / timmyfahmi

keren.

 

sebelum korang baca. tolong. tolong play video youtube dekat atas,

alasan dia simple. sebab band nie keren,

alasan kedua. kau akan lebih feel baca entri nie sebab sepanjang gua menulis entri nie gua dengar lagu nie secara repeat.

betul la ngek band nie best. menda lu tak percaya.

dah lama tak sebut perkataan keren, dah hari nie gua tujukan perkataan keren dekat band dekat atas nie.

pundek la lu orang tak nak dengar dan kesian sangat la kat lu orang nak dengar lagu nie tapi internet slow.

***

gua rasa gua obses dengan joseph gordon levitt. obses dekat sini bukan sebab dia handsome dan ada lesung pipit belah kiri dan kanan. (kalau handsome tu subjektif tapi bab lesung pipit belah kiri dan kanan tu memang gua ada.) keh keh keh.

tapi lebih kepada fesyen dia. serius kalau time gua nak kawen gua akan pakai kot dengan tie jenis tak lebar. dan kot dan seluar kena ikut-ikut badan. ala macam time tom hansen jumpa autumn time interview

alahai sumpah cool gila. dan dia nampak cool gila bila pakai seluar khakis baju band dan kasut puma.

cerita JGL berlakon yang bertajuk premium rush yang berkisar fixed gear akan keluar august. sila check trailer di youtube jika anda minat JGL macam gua.

 

***

okay. gua nak cerita pasal komunikasi dalam relationship yang gua banyak dapat input bila umur dah mencecah nak hujung-hujung 20 sen,

maaf kepada eks skandal dan eks girlpren jika time gua dengan lu orang. gua tak dapat hidayah untuk benda nie dengan korang. mungkin nampak tapi gua buat tak sedar atau terlepas pandang.

serius di sini. gua masih single. cuma gua rapat dengan seseorang. mana membawa kami. itu kami tatau. kami menyerahkan kepada jalan yang ditentukan oleh tuhan,

bagi gua.

komunikasi adalah benda penting. paling king. gua. banyak tengok benda nie dalam relationship. ada orang yang rumah tangga jenis happening dan fun.

ada yang jenis tak banyak cakap. tapi hidup masih bahagia.

bahagia ini bersifat subjektif.

so gua merasakan kalau gua nak ada relationship yang happening dan fun. komunikasi yang bagus.

bagus dekat sini bukan maksud happy sahaja. tapi masa sedih dan kelaut ianya masih bagus.

contoh masa ke laut kau tau masa bila kau nak bebel dan masa bila kau harus berhenti membebel.

masa bila kau harus nak marah dan masa bila kau harus stop marah.

sama juga masa bila kau rasa perlu merajuk dan masa bila kau harus rasa “okay! saya dah puas merajuk”

kau kena tau limit.

sebab pasal limit nie kalau kau jaga. gua yakin banyak masa kau berperang dan dapat di damaikan.

mana benda melingkup dapat ditegakkan sebelum melingkup terok.

macam mana kau nak tau limit dia. lu tanya gua?

lu takkan kenal pasangan lu? lu takkan kenal diri lu?

lu jawab  ” SAYA KENAL”

nak gua cedok perot lagi tanya gua limit dia paras mana!

***

gua nampak ramai orang yang perkahwinan gagal sebab komunikasi jahanam. itu yang gua nampak. bab rumit pasal keluarga dan apa semua. kalau itu jadi punca. gua minta maaf. itu memang dah bukan jodoh.

pasal tu bagi gua setiap benda harus ada berhenti dia. harus ada penamat dia.

gua sumpah sedih bila ada pasangan baru kawen tapi dalam masa yang sama ada skandal lain. baru kawen tapi anak belum ada lagi dah cakap nak berbini dua.

bila orang tanya kenapa gua single dan takde gf. gua selalu cakap gua tak laku. (cilaka ieka mesti suka bila gua cakap macam nie)

gua cuma carik seseorang yang boleh komunikasi better dengan gua. tau bila masa boleh bebel, bila masa gua harus dapat moral support, bila masa harus cheer up kan gua, bila masa harus nasihat gua. dan yang penting bila gua cakap. saya perlukan pandangan awak. dia akan bagi.

positif side dan negative side pandangan.

kalau lu orang dah jumpa dengan orang macam gua cakap. sila stay dengan mereka.

lu boleh carik seksi dan comel dan lagi menggiurkan tapi orang macam nie lu susah nak jumpa. 1 dalam seribu.

gua macam dah jumpa. walaupun tinggi dia ada beza sikit.

gua tak kesah. keunikkan itu satu lambang atau benda yang nampak kau bukan manusia yang tipikal.

ada dia punya best nya disitu.

cantik boleh hilang bila dimamah usia.

kurus boleh hilang bila bini dah berberanak dua.

bontot power boleh jadi bumper lowed bila hari2 bersenggama.

tapi komunikasi yang baik. kalau pandai jaga.. gua yakin. hidup akan super awesome.

p h e w.

***

gua memang belajar bersabar. tapi ikan emas. nie dah masuk 2 minggu gua tak dapat gambar lu pakai baju kurung lagi nie apa cerita?

 

****

Retrace all my steps, which helps when I start to forget.

You said that to me, like the stories the thoughts never see.

I pray my whole day, to see what disasters we live that could call out her name and then wait,

let’s see what comes crawling back, and I recover…

 

(ini lirik lagu youtube tadi)

 

 

May 4, 2012 / timmyfahmi

mee bandung

Ikan emas sebenarnya comel bukan main.

Mengenal hati budi manusia lain memang takes time dan lot of effort. Lagi-lagi bila kita duduk jauh dan berkomunikasi dengan telefon dan twitter. Tapi bak kata ikan emas dalam blog dia. Bersabar mungkin akan menghasilkan yang lumayan.

Dan menyukai wanita yang mengambil step super slow untuk membuat segala keputusan mengajar gua erti bersabar.

Super bersabar.

Dan bila pertama kali dia mengaku sayang dekat gua. setelah hampir 3 bulan kenal. Gua rasa macam orang gila. Gila lu. 3 bulan super rapat baru cakap dia sayang dekat gua.

Kita suka teasing each other.

Dari apa segala benda.

Perbezaan bahasa. Perbezaan makanan. Slang dan semuanya. Semua boleh buat point bergurau.

Tapi dalam masa yang sama. Kita closed dan punya banyak persamaan.

Mungkin sebab zodiak yang boleh tahan bersesuaian mungkin.

Pernah satu hari kitorang bergaduh pasal mee bandung, dia cakap mee bandung perak takde kacang tanah. Dan gua fan berat mee bandung muar cakap mee bandung true mesti ada kacang tanah. Gila lu. Mee bandung takde kacang tu bukan mee bandung. Tapi bila kita fikir balik. Setiap benda punya ada unsur tersendiri yang membuatkan perbezaan menjadi unik.

Dan bila bab macam gini. Kita akan jadi sepakat untuk tidak sepakat.

Sebab perang macam mana pun. Dua-dua nak menang.

Gua rindu berat bila dah lama tak dengar suara ikan emas giggle.

Bila dia giggle dia comel sangat.

Dan bila gua teasing dan makes fun dalam fon. Dia akan cakap geeeeedik.

Itu sumpah comel. I love us.

March 18, 2012 / timmyfahmi

this is us.

 

 

ikan emas. seorang yang artsy. (gua tak faham sebenarnya artsy tu maksud apa)

dia main software or program baru dekat internet. mula2 dia lukis gambar dia. dan update.

dan lepas tu gua mintak dia buatkan. dan hasilnya di seperti di atas.

dan sebenarnya Ikan Emas seorang yang bijak melukis. cuma gua harap lepas nie dia akan kembali melukis dan lukis gambar yang gua order.

keh keh. dari dok buang masa main twitter dan layan youtube baik awok kembali kreatif.

 

****

perbualan dengan ikan emas memang selalunya masuk.

sekejap berbual dari ai yu.

next sms boleh jadi gua lu.

setiap kali berbual akan masuk bab headlock dan siku rusuk sampai patah.

ikan emas punya imiginasi pun cant go juga kadang2.

pernah sekali gua berbual skill wrestling membawak ke 4-5 sms yang panjang-panjang juga!

🙂