Skip to content
December 31, 2012 / timmyfahmi

2012 dan hello 2013

setelah lama berkurun tidak menaip di sini. rasa macam bersalah pula. walaupun mungkin tak ramai yang baca blog. tapi macam setail juga sebab tgk blog punya stats dalam bulan ni ada 40 orang hits blog dalam masa satu hari.

so hari ini. 30 haribulan disember tahun 2012. gua dekat osaka, batu pahat, baru lepas work out, bangun lewat sebab cuaca sejuk sangat dan sedang menaip guna acer aspire laptop adik gua yang baru kawen 3 bulan lepas dengan rasa penuh makian sebab acer nak tiru trackpad macbook tapi fail bila trackpad dia sensitivity melampau walau dah setting. pastu trackpad kasik kecik nak mampus. bingai!

awal 2012, gua buat wordpress ni sebagai escapism untuk kehidupan rutin gua. sebab takde aktiviti sangat selain mengorat makwe dekat twitter.

tapi bila masuk julai dan ogos kehidupan mula busy, busy dengan dating life dan busy dengan aktiviti yang selama nie gua minat.

julai gua start busy dengan plan untuk zine skandal. sedikit review, dulu pernah buat zine, lepas tu dekat JB ada buat writer fest, jadi benda paling mudah, gua cerita pasal pengalaman skandal atau crush atau cinta tak kesampaian, dan untuk nampak lebih variasi, call beberapa orang teman dan kawan2 ( tweet dan fb sebenarnya) dan ada 6 orang lain join. sales agak ok sebab cecah dari 100pcs terjual. sebenarnya sales tu jadi no 2. yang penting macam mana kawan2 yang baca boleh dapat “sesuatu” dari pengalaman penulis-penulis. so kalau nak dapatkan boleh email gua. harga rm5 tak masuk postage.

🙂

(gua lapar nie, tak sarapan lagi, lempeng macam dah memanggil nie. 11.14 am)

2012 juga setelah lama orang nak tengok gua ada makwe, gua ada makwe secara officially, nie bukan friendzone, nie bukan skandal, nie betol2 kejadian kehidupan. gua gelarkan dia sebagai hunneh. kenal dari kawan atas kawan, tak terus mengorat. proses lepas jumpa kali pertama kenal tu sampai nak bercinta agak lama. slow dan steady.

best nya hunneh nie kitorang macam bestfriend. bercinta tapi react macam bestfriend. boleh bergurau cakap bengong dan bongok. boleh main tolak2 dekat shopping kompleks, boleh lawan lumba lari masa berjalan dekat jb central time nak cop pasport.

dan best thing, pujian dan konfius orang ramai bila orang selalu ingat kami adik beradik sebab muka sama, lagi nampak obvious bila hunneh pakai spek mata.

dan bila salah seorang cakap, ini bf saya, atau ini gf saya lah. dengan laju orang akan cakap “wah, muka sama, mesti jodoh kuat. laju gua “mengaminkan”

bercinta tetapi dalam masa yang sama korang boleh react macam bestfriend dan tak perlu nak cover segan dan malu sebab bila bercinta macam bestfriend nie best sebab relationship jadi open dan boleh bercerita apa sahaja. takde nak sorok2 atau cover malu nak berborak. tapi dalam masa yang sama boleh jadi sweet macam pie apple mekdonel kapitalis. jika anda berada di dalam percintaan gaya ini, gua berkata dengan serius.

anda sangat beruntung sebab ramai yang di luar sana dapat bf atau gf tak sekepala tapi kena teruskan sebab dah lama. hik hok

dan bila kau bahan kawan2 dan hunneh akan ada sentiasa dekat belakang jadi tukang sokong, cabi pun boleh bengang sebab takde orang bekap dia.

hik hik hik

 

part 2: this icecream meltin sweetheart (tims)

ini adalah projek clothing // arts yang gua buat untuk lari dari kehidupan normal. dengan influence major dari johnny cupcakes, the hundreds dan benny gold dari segi idea dan konsep mahupun pandangan kepada cara untuk hala tuju clothing. ianya super influence. betapa coolnya walaupun mereka bertiga asal dari US tapi bila membaca apa yang mereka tulis, perjalanan untuk clothing lebih terbuka, dan mereka semua adalah orang yang menjalani kehidupan mereka tersendiri dengan apa yang mereka mahukan

this icecream meltin sweetheart telah meriliskan baju pada 10.11.12 dan segala desain, dengar cerita gua borak secara ayat separa serius, tgk gambar kaki model dekat sini  www.timsjbc.tumblr.com

this icecream meltin sweetheart mendapat sumber influence besar daripada kawan-kawan, famili, hunneh, artis-artis luar dan culture johor.

 

gua rasa tulis panjang2 macam nie boleh gagal. sebab nie tengah sibuk layan youtube. untuk nampak kemas. gua buat point lah.

 

apa yang terbaik untuk 2012.

1) hunneh – officially ada gf yang supportif, tak banyak merungut, beri kasih sayang, boleh layan mengada banyak2. me love you hunneh

2) famili – alhamdulilah. famili bertambah besar, semua masih sama, kesihatan yang baik dan umur yang panjang dan rezeki yang melimpah ruah

3) blood brothers still stand strong – takde gaduh besar tahun nie. masih berkawan dengan semua homie boys dan homie girls. hubungan dengan kerk, ad dan kuchai bertambah baik. dengan kawan2 ex hadko punk dah bertambah baik. ada yang babi gua memang takkan pandang lu even lu buat baik dengan gua. jangan harap.

4)this icecream meltin sweetheart- semoga hal ini akan menjadi satu benda yang boleh menampung kehidupan untuk masa hadapan

5) sigur ros bermain live di depan mata. dengar pertama kali pada tahun 2003/2004. jadi bila dengar mendengar mereka main live adalah total orgasm. enuff said.

wishlist 2013

1) lesen kereta. aahahaha (nie wishlist dari tahun 2008)

2) sentiasa positif walaupun tahun depan umur dah 30. mader f.

3) naik kapal terbang pergi somewhere.

4) menjalani kehidupan dengan benda yang gua minat dan dalam masa yang sama boleh bayar bil dan survive

5) at least 2012 gua nak bertunang

6) langsaikan hutang ptptn (wankers)

7) badan steady balik kepada 55 kg balik. sekarang rasa macam encikb dah.

8) kawan2 yang bercinta lama akan bernikah

9) kawan2 yang lebar akan kurus

10) nak tengok angel and airwaves depan mata. blink 182 juga. dan coldplayyyy

11) penat bergaduh dengan orang. so jom jadi neutral dan jadi kawan semula (yang cibai2 gua tetap tak nak tegur)

 

tc and happy new year. love.

 

 

 

One Comment

Leave a Comment
  1. Malenoir / Dec 31 2012 5:31 am

    Aloh shweeeeett.. Love love

Leave a comment